Sunday, February 1, 2015

Masih Tinggal Bersama, Zain Ruffedge Kini Berusaha Pujuk Bekas Isteri

Selepas membuat keputusan secara baik untuk berpisah pada 13 November, penyanyi & pelakon Zain Ruffedge berkata ketika ini beliau masih tinggal bersama bekas isterinya, Khazmira Anuar dalam usaha untuk memujuk untuk kembali bersama.


Masih Tinggal Bersama, Zain Ruffedge Kini Berusaha Pujuk Bekas Isteri , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Zain Ruffedge

Dengan tempoh edah berbaki dua minggu sahaja lagi, Zain berkata beliau kini berusaha untuk memulihkan hubungan dengan isterinya dan jika gagal beliau terpaksa keluar dari rumah tersebut.

“Insya-Allah saya minta doakan kami untuk kembali rujuk dan buat masa ini kami masih lagi tinggal bersama. Sebelum tempoh edah habis lagi dua minggu saya tak berani untuk cakap apa-apa”

“Mungkin bagi orang lain bercerai terus membawa haluan masing-masing, tetapi bagi saya tempoh edah adalah masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan,” ujarnya kepada mStar Online.

Beliau juga menambah yang mereka belum membincangkan perkara berkaitan isu penjagaan anak mereka Arriana Rania, 6 kerana masih tinggal bersama.

Sumber : rotikaya.com

Isteri Radhi OAG Kongsi Gambar Anak Baru Lahir

Tahniah diucapkan buat Radhi OAG dan isterinya, Nur Shahira Ayu atas kelahiran bayi sulung mereka pada 30 Januari lalu.


Isteri Radhi OAG Kongsi Gambar Anak Baru Lahir, info, terkini, hiburan, sensasi, Radhi OAG,

Bayi perempuan yang comel itu dilahirkan dengan berat 2.84 kilogram pada jam 8.10 malam di Pusat Perubatan Tropicana.
A photo posted by Nur Shahira Ayu Zahiri (@shahirazahiri) on

Sekadar mengimbas kembali, Radhi dan Ayu mendirikan rumahtangga pada 4 April 2014 selepas beberapa tahun bercinta.


A photo posted by Nur Shahira Ayu Zahiri (@shahirazahiri) on

Radhi sebelum ini pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 2005 dan bercerai lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim berusia 10 tahun.

Sumber : ohbulan.com

ABPBH 2014: Amar Baharin Bengang ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri

Sebut sahaja nama Amar Baharin pasti ramai gadis di luar sana terbayang akan ketampanan pelakon yang semakin meningkat naik ini. Hasil lakonan mantap dirinya dalam beberapa drama, Amar dicalonkan untuk 2 kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.


ABPBH 2014: Amar Baharin Bengang ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014, Amar Baharin

Terbaru Amar berkongsi foto peminat ‘borong’ surat khabar semata-semata sebab nak undi dirinya. Namun, ada pihak mendakwa Amar undi diri sendiri?

Pada awalnya agak terkejut juga kami bila melihat foto yang dikongsi oleh Amar ini. Iyalah sampai berpukal-pukal beli surat khabar. Lepas itu gigih isi satu-satu, dah macam gotong royong. Mungkin inilah yang dimaksudkan peminat fanatik.


ABPBH 2014: Amar Baharin Bengang ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014, Amar Baharin

Tapi yang tak sedapnya bila ada pihak mendakwa Amar undi diri sendiri. Malah ada juga yang menganggap tindakan peminat fanatik Amar ini sebagai membazir.


ABPBH 2014: Amar Baharin Bengang ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014, Amar Baharin

ABPBH 2014: Amar Baharin Bengang ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014, Amar Baharin




Tak mahu perkara ini disalah erti oleh peminat lain, Amar bertindak membalas komen-komen tersebut dengan caranya yang tersendiri.



ABPBH 2014: Amar Baharin Bengang ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014, Amar Baharin

ABPBH 2014: Amar Baharin Bengang ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014, Amar Baharin


Mustahillah Amar nak undi diri sendiri kan? Rasanya Amar layak mendapat 2 pencalonan tersebut iaitu Pelakon TV Lelaki dan Gandingan Serasi di Layar berdasarkan bakat yang dimilikinya.

Sebenarnya semua ini atas kesungguhan peminat yang menghargai bakat Amar. Dah orang nak undi, takkan dia nak halang?

Sumber : ohbulan.com

Fazura & Taufik Batisah Bertunang

Apa benar? Hahaha. Tergelak-gelak kami apabila membaca screenshot perbualan individu yang dipercayai bernama Sabrina ini. Dari apa yang ditulis, Fazura dikatakan telah dirisik oleh penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah baru-baru ini.


Fazura & Taufik Batisah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fazura, Taufik Batisah

Macam mana boleh tersebar berita ni? Sebab setahu kami Fazura pernah memberitahu umum yang dia dan Taufiq adalah kawan lama. Tak ada pula kata mereka bercinta.


Fazura & Taufik Batisah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fazura, Taufik Batisah

Bagaimanapun, Fazura yang mengetahui hal ini terus menepis gosip tersebut dan menganggap apa yang cuba disampaikan oleh Sabrina adalah satu penipuan.
Fazura & Taufik Batisah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fazura, Taufik Batisah


Malah, Taufik juga menyarankan Fazura supaya tak melayan khabar angin yang disifatkan mengarut itu. Bagus Taufik ni, tak melatah langsung.


Fazura & Taufik Batisah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fazura, Taufik Batisah

Dalam perbualan yang lain pula, Sabrina mengatakan dia merupakan jiran kepada Fazura dan mengaku sangat rapat dengan selebriti berkenaan. Eh, tadi Fazura kata sepupu, ni jiran pula. Mana satu ni?


Fazura & Taufik Batisah Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fazura, Taufik Batisah

Persoalannya sekarang, siapa Sabrina dan apa motif Sabrina cuba menyebarkan berita palsu tersebut? Haa dah macam cerita Detektif Conan pula!

Mungkin ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan melihat kemesraan Fazura dan Taufik sewaktu mereka menjadi juri Maharaja Lawak Mega 2014. Lebih-lebih lagi apabila Fazura kerap berkongsi foto selfie dengan penyanyi handsome itu.

Sumber : ohbulan.com

Azad, Eira sedia berdepan tindakan undang-undang

Pasangan selebriti Azad Jazmin dan Eira Syazira bersedia dengan tindakan saman oleh pemilik syarikat Rania Marketing, Datin Muniroh Kasim dan Datuk Suhaimy Othman kerana didakwa memfitnah syarikat itu melakukan penipuan ke atas pelabur.


Azad, Eira sedia berdepan tindakan undang-undang, info, terkini, hiburan, sensasi, Rania MArketing,

"Jika mereka ingin saman kami berdua, saya tidak kisah kerana itu hak peribadi masing-masing. Tiada perkara yang ingin kami takutkan kerana kami berada di pihak yang benar," kata Eira kepada Kosmo!

Tambah aktres berusia 31 tahun itu lagi, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat tersebut selepas tujuh bulan menyertainya kerana pelabur bawahan mereka mengadu tidak mendapat pulangan bonus seperti yang dijanjikan.

"Ingin saya tegaskan, kami berdua sudah tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing. Saya tidak mahu beri kenyataan lanjut kerana bimbang diputar belit.

"Tetapi saya berjanji akan jelaskan hal sebenar dan membawa bukti pada satu sidang akhbar yang akan diadakan dalam masa terdekat."

Sumber : tupai.com.my

Neelofa ulas tindakan tidak matang adiknya

Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa menjelaskan mengenai tindakan adiknya, Ameera yang baru-baru ini dikritik hebat kerana menggunakan bahasa kurang sopan terhadap pengguna laman sosial yang lain, untuk mempertahankannya adalah tindakan yang kurang matang.


Neelofa ulas tindakan tidak matang adiknya, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Neelofa, Nur Ameera,

Menurut Neelofa, adiknya yang baru saja berusia 14 tahun itu, terlalu mengikut perasaan dan tidak menyedari akibat daripada tindakannya itu.

"Saya faham perasaannya yang terluka kerana pihak luar mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap saya sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Dia baharu sahaja 14 tahun dan tindakannya itu tidak matang namun ia adalah pengajaran bernilai buatnya pada masa hadapan," ujarnya seperti dipetik daripada mStar.

Baru-baru ini, nama adiknya, Ameera menjadi bualan mulut orang di laman Instagram, selepas mempertikaikan mereka yang mengkritik hebat foto kepala kakaknya dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai seorang Qari.

Namun, beberapa hari selepas itu, Neelofa menjelaskan bahawa lelaki tersebut merupakan saudara kepada bapa saudaranya yang berasal daripada Pakistan.

Tambah Neelofa lagi, sebelum ini juga dia sering berpesan kepada adiknya untuk tidak mencampuri sebarang urusan yang melibatkan dirinya kerana mungkin akan memberi kesan buruk kepadanya kelak.

"Saya sudah beritahu sebelum ini jika kita layan kata-kata negatif di laman sosial sampai bila ia tidak akan habis.

"Mungkin ada hikmahnya kejadian tersebut kerana dia sudah dapat pengajaran agar tidak lagi mengulangi perkara sama," katanya.

Sumber : tupai.com.my

Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan

Pengarah dan pelakon terkenal Afdlin Shauki menerusi laman sosial Facebook miliknya mempersoal kelayakan bintang terkenal dunia Jackie Chan apabila menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.


Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jackie chan, afdlin shauki

"Beri gelaran Datuk kepada orang yang sanggup menggadai nyawa untuk orang lain ketika waktu bajir la. Jadikan gelaran Datuk itu sesuatu yang bermakna. Ini hanya pandangan saya," tulis Afdlin di laman sosial Facebook miliknya.
Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jackie chan, afdlin shauki

Tambah Afdlin lagi, ia lebih baik jika gelaran tersebut diberi kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini daripada kepada bintang antarabangsa itu yang mungkin tidak membawa sebarang erti kepadanya.

"Apalah sangat gelaran Datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran Datuk."

Dalam pada itu, dalam satu lagi entri statusnya di Facebook, Afdlin turut mengucapkan tahniah kepada Jackie Chan diatas penerimaan darjah kebesaran tersebut.


Afdlin Shauki persoal gelaran Datuk diterima Jackie Chan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jackie chan, afdlin shauki

Sementara itu, Afdlin yang juga merupakan salah seorang peminat Jackie Chan turut berharap bintang itu tinggal di Malaysia supaya dapat memberi tunjuk ajar kepada pembikin filem untuk menghasilkan filem yang baik.

"Ajar kami bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik, ajar kami bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan industri perfileman kami. Ajar kami.." tulisnya.

Sumber : tupai.com.my

Virus Tersingkir, Sepahtu, Shiro, Bocey, Zero, Nabil Ke Pentas Akhir MLM!

Nasib tidak menyebelahi kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor.


Virus Tersingkir, Sepahtu, Shiro, Bocey, Zero, Nabil Ke Pentas Akhir MLM!, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014

Penyingkiran Virus sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.

Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.

Menurut laporan Metro, sejak awal lagi  Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.

Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.

Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarka

han 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.

Sumber : murai.com.my

Jackie Chan Kini Bergelar Datuk

Pelakon aksi kelahiran Hong Kong Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.


Jackie Chan Kini Bergelar Datuk, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, Jakie Chan

Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.

Turut menerima gelaran yang sama, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular untuk  program Astro Kalau Dah Jodoh yang mempunyai  pengikut tersendiri menonton program tersebut

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Datuk Jackie Chan dan Datuk Ustaz Kazim Elias yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Sumber : murai.com.my