Sunday, November 30, 2014

Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda

Pelakon Rita Rudaini mengakui malu apabila sering ditawarkan menjadi heroin bergandingan dengan pelakon lelaki lebih muda dalam sesebuah drama yang dibintangi walaupun usianya kini sudah 38 tahun.


gosip, Hiburan, info, Rita Rudaini, Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda, sensasi, terkini,

Rita berkata, meskipun masih diberi kepercayaan memegang watak utama, dia tetap risau perkara tersebut akan membuatkan dirinya dilihat lebih tua daripada gandingannya itu.

“Saya risau juga apabila digandingkan dengan pelakon muda, takut nampak tua dan tidak sesuai dengan gandingan saya di televisyen nanti.

“Tetapi sehingga kini saya sering ditawarkan menjadi heroin kepada aktor-aktor muda dan berdasarkan kata pengarah, pihak stesen TV yang mahukan saya. Nak tergelak pun ada, saya anggap semua ini rezeki buat anak-anak,” katanya.

Rita ditemui selepas majlis pelancaran produk Rudaini Beaute di Hotel Royal Chulan di sini pada Ahad.

Majlis tersebut disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man iaitu Datin Seri Nor Aswana Omar.

Dalam pada itu, Rita yang baru saja selesai penggambaran drama Satu Hari bersama Remy Ishak memberitahu, dia turut bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menjadi heroin di mana tidak semua pelakon wanita seusianya masih berpeluang memegang watak utama itu.


gosip, Hiburan, info, Rita Rudaini, Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda, sensasi, terkini,

“Apa-apapun, saya hanya menerima tawaran lakonan sekiranya pelakon lelaki itu pernah bergandingan dengan saya. Kalau tidak, susah untuk saya mendapatkan keserasian.

“Malah saya akan menolak dengan baik jika ada penerbit yang mahu saya bergandingan dengan aktor berwajah ‘jambu’. Rasa macam dah tak sesuai sangat dah tu,” selorohnya.

Sementara itu, mengenai Rudaini Beaute, rangkaian produk tersebut terdiri daripada set penjagaan kesihatan dalaman iaitu Luv My Coffee serta set kecantikan Rudaini Beaute Skincare dan Angel Mask.

Rudaini Beaute memasarkan produk-produk menerusi kaedah pemasaran secara talian menggunakan laman sosial Instagram rasmi iaitu @b_fabulousgalleria dan @luvmycoffee_rr selain stokis yang dilantik secara sah bermula 1 Disember 2014.

Untuk sebarang keterangan lanjut, hubungi Cik Ala (019-2636501) dan Wawa (012-4808727).

Baca : Almy NAdia Ulas Mengenai Kehamilan Anak Kembar 

Sumber : mStar Online
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter

Finalis AJL29 sudah pun kita tahu,  siapa yang layak bertanding. Seperti biasalah ada yang puas hati ada persoalankan keputusan juri.


Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Ramai beranggapan lagu Mewangi nyanyian Akim & The Majistret akan mara ke AJL 29.

Tetapi apakan daya, apabila nama finalis diumumkan, Mewangi tidak layak ke peringkat akhir. Maka dengan itu penyokong-penyokong Akim sudah lepas geram di twitter.

Ada yang mempersoalkan keputusan juri, ada yang memberi semangat kepada Akim agar tidak berputus asa dan ada juga yang berasa amat sedih.


Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Almaklumlah, lagu ciptaan Aiman itu memang diminati ramai dan menjadi hits di carta lagu stesen radio tempatan.

Kami pun kurang pasti, di manakah silapnya. Keputusan semua di tangan juri, bak kata pepatah hanya jauhari yang kenal manikam.

Mungkin belum rezeki Akim lagi untuk mara ke peringkat akhir. Inshaa Allah satu hari nanti ada peluangnya.

Baca : Penyanyi Ezlynn Akui Teringin Timang Cahayamata Tapi 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar

Pelakon Almy Nadia engan mengulas mengenai gosip yang tersebar yang mendakwa dia kini sedang hamil anak kembar ekoran saiz perutnya kini yang kelihatan lebih besar daripada usia kandungannya.


Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, almy nadia, anak kembar almy nadia, gosip terkini,

Almy Nadia yang kini hamil enam bulan itu berkata dia tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata yang boleh memberi tekanan kepada dirinya daripada pihak luar.

“Saya tak mahu ulas pasal anak kembar atau kenapa saiz perut saya besar, yang penting anak dalam kandungan saya ini sihat dan cukup sifat semuanya.

“Lagipun saya sudah tidak mahu ambil pusing lah apa yang orang nak kata mengenai kandungan saya kerana saya tidak mahu ada tekanan buat masa ini.

“Biarlah mereka nak kata apa kerana mereka yang tanggung dosa jika mereka menghina saya. Saya pula dapat pahala jika mereka mengata,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Kemarin, foto Almy yang menampakkan perutnya kini yang semakin besarndi laman sosial Instagram telah mendapat perhatian peminat yang menjangka dia kini sedang hamil anak kembar.

Bercakap mengenai persiapan menyambut anak sulungnya dengan pelakon Fizz Fairuz itu, Almy memberitahu dia kini belum membuat perisapan penuh untuk bakal bayinya itu kerana tidak mahu terlalu teruja.

“Kami belum buat perisapan penuh lagi kerana orang tua-tua kata tak elok terlalu teruja dan beli barang baby awal-awal kan. Jadi kami mungkin akan mula buat persiapan penuh bila masuk bulan ke-8 nanti,” ceritanya lagi.

Almy sekarang masih lagi berehat dan akan mula aktif dalam bidang seni setelah selamat melahirkan bayinya serta selesai berpantang kelak.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Penyanyi Ezlynn Akui Teringin Timang Cahayamata Tapi...

Seperti mana wanita lain yang sudah pun mendirikan rumahtangga, Azline Ariffin atau lebih dikenali sebagai Ezlynn akui dia juga teringin untuk bergelar ibu serta melahirkan zuriatnya sendiri.


Penyanyi Ezlynn Akui Teringin Timang Cahayamata, info, terkini, hiburan, sensasi, Ezlynn

Namun pada waktu yang sama, penyanyi yang juga pelakon serta pengacara berusia 33 tahun ini terpaksa memendamkan hasratnya apabila rezeki masih lagi belum berpihak kepadanya.

"Hendak buat macam manakan. Kita hanya mampu berusaha dan merancang tetapi segalanya ditentukan olehNYA. Mungkin sudah tersurat, memang belum rezeki saya untuk dapat anak.

"Apapun, saya dengan Adam (suami) menerima segala ketentuan dengan hati dan perasaan yang cukup reda. Hal ini tidak membuatkan kami berasa stress, malah kami cukup positif dan tidak pernah putus asa untuk terus mencuba," katanya Ezlynn kepada portal Murai.

Pernah popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye serta Sengsara, Ezlynn berkata, dia dengan Adam (suami) sudah pun melakukan pemeriksaan untuk memastikan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang boleh menggaggu tahap kesubaran mereka untuk mendapatkan anak.

"Alhamdulillah, doktor telah mengesahkan bahawa kedua-dua kami tidak mempunyai apa-apa masalah yang berkaitan dengan kesuburan. So, apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah terus mencuba dan mencuba," katanya Ezlynn lagi.


Penyanyi Ezlynn Akui Teringin Timang Cahayamata, info, terkini, hiburan, sensasi, Ezlynn

Ezlynn telah mendirikan rumah tangga dengan pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin, 36, pada 20 November 2011. Bersama Adam, mereka telah mewujudkan syarikat hiburan sendiri iaitu Ezlynn Entertainment.

Dalam perkembangan lain, Ezlynn kini telah dilantik menjadi salah seorang duta bagi produk makanan kesihatan, Phyto Science bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuklah Dynas Mokhtar, Joanne Yew, Anantha Rajaram serta Uthaya Kumar.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 
Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, November 29, 2014

Abby Abadi Sekolahkan Ustazah Dr Mashitah

Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah diminta membincangkan lantas menegur banyak golongan artis yang apabila berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres.

Abby Abadi Sekolahkan Ustazah Dr Mashitah, info, terkini, hiburan, sensasi, abby abadi, Dr Mashitah


Namun, Ustazah Dr Mashitah pula digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Pelakon terkenal, Abby Abadi pula menyekolahkan Dr Mashitah mengenai isu yang berbangkit dan menyatakan Ustazah Dr Mashitah harus menegur mereka yang belum berhijrah bukan yang dah berhijrah.

“Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

“Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama.

“Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

“Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui.

“Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain,” kata Abby Abadi.

Abby Abadi menyatakan sedemikian sebagai respon kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ustaz dan ustazah ekspres terutama di dalam PAS.

Baca : Rapper Terkenal Korea Cetus Kontroversi Apabila Remix Lagu Dengan Azan 

Sumber : katakcomel.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Rapper Terkenal Korea Cetus Kontroversi Apabila Remix Lagu Dengan Azan

Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi apabila dia meremixkan salah seuah lagunya yang bertajuk Act Serius dengan laungan azan. Lagu tersebut telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas.


Kpop, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi rapper korea,

Laungan azan (Allahuakbar) boleh didengari pada bahagian awal lagu berkenaan dan apa yang lebih teruk daripada itu, apabila laungan azan itu juga turut digubah mengikut kehendak rapper berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu tersebut mendapat kritikan dari orang ramai.

Selain daripada itu produser kepada rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitter rasmi Loco.


Kpop, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi rapper korea,

Muzik video yang mencetus kontroversi sebelum part Azan dibuang oleh produsernya.

 

Baca : Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat 

Sumber : ejeninfo.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat

Pelakon yang popular menerusi filem Transformers, Shia LaBeouf baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan mengatakan dirinya menjadi mangsa rogol ketika pameran seni anjurannya berlangsung pada Februari lalu.


Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat, info, terkini, hiburan, luar negara, hollywood, hero filem Transformers, gosip,

Shia LaBeouf duduk berseorangan ketika pameran seninya yang berjudul IAMSORRY berlangsung dan pada ketika itu, datang seorang pengunjung wanita yang datang ke arahnya dan kemudian merogol pelakon berusia 28 tahun itu.

“Seorang wanita yang datang bersama kekasihnya, kemudian datang secara tiba-tiba ke arah saya dan mula mengawal saya, dia buka pakaian saya dan terus merogol saya.

“Selepas kejadian itu, wanita itu terus berjalan meninggalkan saya dalam keadaan rambutnya yang tidak terurus dan mekap yang serabai,” katanya memetik laporan People.

Yang lebih memburukkan keadaan, ketika kejadian rogol itu berlaku kekasih Shia, Mia Goth berada di situ yang kebetulan sedang mengunjungi Shia untuk meraikan sambutan Hari Kekasih.


Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat, info, terkini, hiburan, luar negara, hollywood, hero filem Transformers, gosip,

Insiden itu telah menyebabkan Shia dan kekasihnya bergaduh besar sehingga mereka tidak berkomunikasi di antara satu sama lain selama lima hari.

Namun, perhubungan mereka kembali pulih seperti biasa selepas Shia menjelaskan insiden tersebut kepada Mia, yang mana baginya merupakan satu kejadian yang paling meninggalkan kesan trauma mendalam terhadap kehidupannya.

Baca : MLM2014 : Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara? 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif