Monday, September 15, 2014

Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza

Pasti ramai yang telah ternanti-nantikan kehamilan penyanyi kegemaran mereka iaitu Datuk Siti Nurhaliza bukan? Yelah biarpun sudah lapan tahun mendirikan rumahtangga dengan Datuk K, ramai yang mengharapkan agar Siti segera hamil dan lahirkan anak yang comel.


Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini


Bukan sahaja peminat, malah pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini juga teruja dan tidak sabar hendak menantinya, sehinggakan Rizman menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu mereka mahu merekacipta baju hamil buat Siti Nurhaliza pada tahun hadapan.
Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa Rizman mahu mereka baju hamil buat penyanyi itu, adakah Siti sudah berbadan dua?

Rupa-rupanya selidik punya selidik, dia berkata begitu kerana itu salah satu doa dan harapan Siti sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.

Siti Nurhaliza berdoa agar dia dan suami dikurniakan zuriat bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Berikut merupakan kapsyen Rizman yang berkenaan:


Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini

Punca Rizman Ruzaini Mahu Design Baju Hamil Untuk Siti Nurhaliza, info, terkini, hiburan,s ensasi, Siti Nurhaliza, Rizman Ruzaini

Ramai peminat dan pengikut di laman sosial tersebut turut mendoakan agar impian siti untuk hamil dan mempunyai anak tercapai kelak.

Baguslah begitu, sama-samalah kita doakan agar Siti dimurahkan rezeki untuk hamil dan menimang  cahaya mata.


Sumber : murai.com.my

Shila Amzah Dah Ada Kekasih Baru

Shila Amzah Dah Ada Kekasih Baru | Penyanyi antarabangsa, Shila Amzah baru mengadakan konsert Love Live In Malaysia berlangsung di Mega Star Arena.


Shila Amzah Dah Ada Kekasih Baru , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Ketika berada di Malaysia, wartawan sempat berkongsi cerita terbaru tentang dirinya.

 Dan yang terbaru, penyanyi itu telah mengaku bahawa dirinya kini sedang dilamun cinta dan mempunyai kekasih baru.

Ini katanya:

"Saya sudah berpunya tapi tak mahu cerita banyak takut tak jadi macam sebelum ini. Cukuplah setakat itu,"

Shila Amzah tidak mahu memberitahu siapakah yang berjaya mencuri hatinya kerana serik dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Shila Amzah kini lebih berhati-hati di dalam bercerita tentang kekasih. Semoga Shila Amzah bahagia dengan kekasih barunya itu.


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Shila Bidas Media Melayu Tak Sokong Konsertnya

Apa kes ni? Shila Amzah seolah-olah menyokong kenyataan bahawa sebahagian besar media berbahasa Melayu tidak memberi sokongan padanya ketika menjayakan sebuah konsert meganya yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Shila Bidas Media Melayu Tak Sokong Konsertnya , info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, shila amzah,

Walaupun bukan Shila yang menulis kenyataan tersebut, tetapi tindakannya ‘repost’ kenyataan tu secara tidak langsung menunjukkan dia bersetuju dengan kata-kata oleh admin shilaamzah_photography ni.

“By @shilaamzah_photography “First and foremost, we would like to thank all Media who came to Shila’s first ever concert last weekend. Special thanks to the Chinese media in Malaysia and China who did a full coverage of the concert. Hmm.. We wer wondering what happened to the Malay media. We are not one-sided party but looking at the coverage done by the Chinese media, it shows how much they adore and treasure Shila as a Malaysian artist though she is not a Chinese herself. Do Malay medias more interested in gossips than….. Covering the achievement of their own born artist? What say you people? #shilalas #loveliveinmalaysia” via @PhotoRepost_app”.


Shila Bidas Media Melayu Tak Sokong Konsertnya , info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, shila amzah,


Hai, takkanlah Shila dah lupa segala sokongan, publisiti dan promosi yang telah diberikan media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini?
 
Mentang-mentang dah jadi satu nama besar di China serta mencipta fenomena yang tersendiri terus lupa daratan dengan asal-usulnya satu ketika dulu ketika mahu mencipta nama dalam industri seni tempatan.


Shila Bidas Media Melayu Tak Sokong Konsertnya , info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, shila amzah,

Menurut sumber Gua, bukan media berbahasa Melayu tidak mahu membuat liputan, tetapi memang tidak ada langsung jemputan daripada pihak Shila mahupun pihak pengurusannya sendiri yang dilayangkan buat media-media tersebut.

Bak kata orang, kalau tuan rumah tak menjemput, takkan kita terhegeh-hegeh nak pergi kan..

Diharapkan Shila dapat muhasabah diri, entah-entah ada kesilapan daripada pihaknya yang mungkin terlepas pandang kerana mustahillah media berbahasa Melayu tidak mahu memberikan liputan terhadapnya apatah lagi Shila sendiri telah membanggakan nama Malaysia di mata dunia apabila berjaya mencipta nama di negara China yang sememangnya diketahui susah untuk ditembusi oleh penyanyi dari negara luar.

Hai, macam-macam..

Sumber : mynewshub.cc

Besarnya Baby Bump Fasha Sandha

Besarnya Baby Bump Fasha Sandha. Makin berseri Mak Buyung Ni!

Alahaiii, asyik tersenyum je dari tadi kerana terpesona melihat wajah ayu mak buyung hot yang satu ni. Siapa lagi kalau bukan heroin drama ‘Selamat Pengantin Madu’ iaitu Fasha Sandha.

Besarnya Baby Bump Fasha Sandha, info, terkini, hiburan, sensasi, Fasha Sandha, Jejai, Nora Danish


Mana taknya, makin dekat due date, makin bertambah berseri-seri pula kami tengok Fasha ni.Betullah kata orang,  ibu mengandung ni ada serinya.

Bukan kami je yang teruja tau! Peminat Fasha sendiri pun ikut sama excited. Tak percaya? Tengok sendiri komen-komen yang diberikan di laman Instagram Fasha.
Kalau korang perasan, bulat nau nau baby bump pelakon jelita ni. Hehe. Siap ada yang dah berteka-teki mengenai jantina anak Fasha nanti tau!

Besarnya Baby Bump Fasha Sandha, info, terkini, hiburan, sensasi, Fasha Sandha, Jejai, Nora Danish


Agak-agaknya anak lelaki ke perempuan ya? Ke..kembar?? Wah, Kalau perempuan, sepasanglah anak Fasha dan Jejai nanti! Kalau kembar bertambah besarlah keluarga bahagia ni.

Malah, ada yang mengatakan Fasha kelihatan lebih jelita berbanding ketika dia mengandungkan anak pertamanya dulu. Eh, iya ke? Kami tengok dari dulu sampai sekarang cantik je. Haha.


Besarnya Baby Bump Fasha Sandha, info, terkini, hiburan, sensasi, Fasha Sandha, Jejai, Nora Danish


Apapun, kami doakan kesihatan Fasha dan bayinya dalam keadaan baik. Tak sabar rasanya nak tunggu bagaimana agaknya rupa baby dalam perut tu!








Sumber : ohbulan.com

Peminat Gelar Maria Farida 'Sleeping Beauty Queen'?

Maria Farida Muat Naik Gambar Sedang Tidur Jadi Tumpuan | Pelakon Maria Farida telah memuatnaik sekeping gambar sedang tidur  di laman sosial miliknya.


Peminat Gelar Maria Farida 'Sleeping Beauty Queen'?, info, terkini, hiburan, Maria Farida, Sensasi,

Pelakon yang wajahnya sentiasa kelihatan awet muda ini dikatakan keletihan dan mengambil gambar sedang tidur.
Ramai yang memuji Maria Farida cantik dan cute walaupun ketika hendak tidur. Sehinggakan ada peminat menggelarnya sleeping beauty queen.


Peminat Gelar Maria Farida 'Sleeping Beauty Queen'?, info, terkini, hiburan, Maria Farida, Sensasi,

Sebelum ini Maria Farida pernah memuatnaik gambar kontroversinya.

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Sunday, September 14, 2014

Wawa Zainal Dedahkan Dokumen Penting Yang Tertinggal Dalam Kereta

Isteri Aeril Zafrel yang juga bekas artis di bawah naungan MIG iaitu Wawa Zainal kembali memberi kenyataan terbaru tentang krisis melanda antara pasangan suami isteri ini dengan MIG.


Wawa Zainal Dedahkan Dokumen Penting Yang Tertinggal Dalam Kereta , info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi krisis wawa zainal dengan MIG, Aeril Zafrel, Wawa Zainal, sensasi,

Melalui kenyataan terbaru ini, ternyata kisah pergaduhan masih belum selesai dan Wawa Zainal mahu dokumen penting termasuk sijil nikah dan surat beranak miliknya dipulangkan segera oleh pihak MIG yang "mencuri" kereta Swift.

Ini kenyataan Wawa Zainal:

"Saya mahu pihak MIG segera memulangkan sijil nikah, surat beranak, laporan kesihatan dan beberapa dokumen penting kami yang berada di dalam kereta itu."

"Saya sampai sudah malas mahu melayan 'permainan' pihak bekas majikan lama saya itu. Ada saja perkara yang sengaja ditimbulkan seolah-olah dibuat dengan tujuan mengganggu keharmonian rumah tangga kami.

"Sudah beberapa kali saya menegaskan bahawa saya tidak mahu kereta itu lagi. Saya juga tak kisah rugi sedikit dengan mengeluarkan duit simpanan sendiri untuk pembayaran pendahuluan dan ansuran bulanannya selama setahun.


"Tapi dalam soal ini, kenapa dia seperti baling batu sembunyi tangan. Walhal dia yang memulakan dulu, (mengambil semula kereta tanpa pengetahuan Wawa dan menyembunyikannya). Apabila ditanya cakap tak tahu apa-apa,"

"Kehilangan kereta itu juga menjadi titik permulaan kepada pendedahan berita perkahwinan kami dan kelahiran Attar seperti digembar-gemburkan hujung tahun lalu. Tapi tak payahlah nak tuduh siapa yang mendedahkan kepada khalayak.

"Sebab saya tidak kesal dimalukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mendedahkan cerita peribadi kami itu. Biarlah... cerita lepas tidak perlu dikenang,"

Nampaknya krisis ini memang susah nak diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak yang tidak mahu mengalah dan saling tuduh menuduh.


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Pelakon dan Penyanyi Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi

Akhirnya pelakon dan penyanyi remaja yang pernah mencetuskan kontroversi kerana isu 'buka tudung', Fiffy Natasya, 21, akan bernikah dengan Muslim Azman, 27... 14 hari lagi di kediaman keluarganya di Putra Height, Subang, Selangor.

Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


Sementara majlis persandingan pula akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya pada hari yang sama.


Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


Untuk rekod, Fiffy dan Muslim yang merupakan seorang pilot di sebuah syarikat penerbangan telah mengikat tali pertunangan pada hujung tahun lalu.

"Dalam tempoh pertunangan itu biasalah kalau ada gaduh manja dan salah faham. Tapi tidaklah sampai berpanjangan. Alhamdulillah kami mampu atasinya. Insya-Allah, tanggung jawab akan lebih bertambah selepas kami bergelar suami isteri.


Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


"Konsep majlis persandingan nanti ada campuran moden dan tradisional. Ia bertemakan Crystal Sparkle kerana ada dekorasi kristal dan sentuhan tradisional itu lebih kepada pakaian yang akan dipakai saya serta tetamu. Saya dan bakal suami akan mengenakan songket.

Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


"Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan," ujar Fiffy dipetik sebagai berkata.


Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


"Lepas bergelar isteri ini saya kena utamakan suami dan rumah tangga. Jadi kenalah pilih watak yang sesuai. Saya kena memilih watak sekarang dengan imej yang saya pilih juga. Niat bertudung ini sudah lama berputik. Sejak tahun lalu dan sebelum nak kahwin lagipun.

Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


"Soal bertudung ini seperti dipermudahkan apabila saya memilih untuk menamatkan zaman bujang. Macam dulu, saya tak boleh bertudung sepenuhnya kerana tak mahu dikatakan cakap tak serupa bikin dengan komitmen berlakon yang memerlukan saya menampakkan rambut," tambahnya.


Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


Bagi yang tidak tahu, Fiffy memulakan kerjaya seninya sejak usia sembilan tahun apabila dia menganggotai kumpulan nyanyian ala nasyid Wardah. Isu hangat kemudianya tercetus apabila dia 'membuka tudung' demi kerjaya lakonan dan bergambar ala gadis Jepun yang seksi.


Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis bakal nikah, Fiffy Natasya


Namun begitu, dia akhirnya mendapat hidayah semula apabila kembali memakai tudung sejak lima bulan lalu.

Sumber : myartis.com

Norish Karman Bakal Nikah Lagi

Berita gembira buat peminat Norish Karman! Ibu tunggal ini dikatakan sudah menemui 'cinta' baru setelah sekian lama hidup berseorangan.


Norish Karman Temui Cinta Sejati, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi artis, Norish Karman, sensasi,


Laporan menyebut, Norish telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan... tetapi hubungan mereka agak baru lagi. Ibaratnya, mereka dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Meskipun sibuk dengan kerjaya seninya, Norish kini turut bekerja keras bagi melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan berasaskan makanan. Malah usaha gigihnya itu dikatakan turut diajar oleh 'kekasih' yang sememangnya pandai dalam perniagaan.


Norish Karman Temui Cinta Sejati, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi artis, Norish Karman, sensasi,


Terkini, Norish juga sibuk mempromosikan sos makanan yang dihasilkannya sendiri.

Norish Karman Temui Cinta Sejati, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi artis, Norish Karman, sensasi,

Norish Karman Temui Cinta Sejati, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi artis, Norish Karman, sensasi,


Tahniah diucapkan buat Norish!

Sumber : myartis.com

Emma Maembong Bermesra Dengan Harimau Belang

Emma Maembong merupakan antara insan kerana dapat memeluk, memegang dan bergambar dengan Harimau Belang ataupun lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya.

Emma Maembong Bermesra Dengan Harimau Belang, info, terkini, hiburan, artis, sensasi, Em


Harimau Malaya merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia dan telah disahkan mepunyai genetik berbeza dengan Harimau Indochina yang kelihatan serupa dengannya melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004.

Harimau Malaya hanya tinggal sebanyak 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.


Emma Maembong Bermesra Dengan Harimau Belang, info, terkini, hiburan, artis, sensasi, Em

Emma Maembong Bermesra Dengan Harimau Belang, info, terkini, hiburan, artis, sensasi, Em

Emma Maembong Bermesra Dengan Harimau Belang, info, terkini, hiburan, artis, sensasi, Em









Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com