Showing posts with label anuar zain. Show all posts
Showing posts with label anuar zain. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri atau Mentor

Penyanyi Anuar Zain tidak berminat untuk terlibat sebagai juri atau mentor dalam mana-mana program realiti buat masa ini.


Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Mentor, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain, Mentor, gossip, kontroversi

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, selain kekangan masa dia lebih selesa memberikan tumpuan kepada karier nyanyian berbanding perkara lain.

"Bukan hendak jaga eksklusif diri atau isu lain tetapi buat masa ini memang saya belum bersedia untuk terlibat dalam apa juga peranan dalam mengadili peserta program realiti.

"Ini kerana saya lebih selesa bergelar penyanyi dah hanya mahu fokus kepada perkara itu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert  yang diadakan di TGV One Utama di sini pada Selasa.

Tambah Anuar, sebelum ini ada beberapa pihak produksi membuat tawaran kepadanya namun dia menolak secara baik.

Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Mentor, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain, Mentor, gossip, kontroversi

"Untuk menjadi mentor atau juri memerlukan komitmen yang cukup tinggi dan banyak produksi bertanya sekiranya saya berminat tetapi terpaksa menolak secara baik," katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, tahun ini dia merancang untuk mengadakan sebuah lagi konsert berskala besar selepas kejayaan persembahan pertama yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dua tahun lalu.

Jelas Anuar, pengalaman menerbitkan sendiri konsert berkenaan menerusi syarikatnya, Anuar Zain Network akan digunakan untuk membuat penambahbaikkan kepada konsert keduanya itu nanti.

"Sebenarnya saya rancang untuk mengadakan konsert kedua pada tahun lalu tetapi disebabkan beberapa masalah ia terpaksa ditunda.

"Bagaimanapun tahun ini saya harap impian untuk mengadakan konsert tersebut akan menjadi kenyataan tambahan pula mendapat permintaan daripada peminat," katanya.

Bagaimanapun kata Anuar, dalam masa terdekat dia bakal mengadakan konsert di The Star Theatre, Singapura pada 7 Februari depan.

Kata Anuar, konsert yang diberi judul Anuar Zain Three Decades of Music itu akan menyaksikan dia menyampaikan seleksi lagu-lagu hitnya dan berharap ia akan turut mendapat sambutan penonton negara ini.

Sementara itu, Anuar berkata, dia juga sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya dan memberitahu sudah pun mempunyai lima buah lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan.

Katanya, biarpun sedar penjualan album tidak menentu buat masa ini namun dia tetap menghasilkan album penuh demi peminatnya.

"Saya masih memilih dua buah lagu lagi untuk dimasukkan ke dalam album berkenaan dan Insya-Allah ia akan dilancarkan dalam tahun ini juga.

"Saya tetap hendak hasilkan album berbanding single kerana ini adalah cara untuk saya menghargai peminat dan menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert' hanya dilancarkan selepas dua tahun persembahan itu berakhir kerana pihaknya terikat dengan beberapa syarat selepas ia disiarkan menerusi NTV7 tahun lalu.

"Konsert ini pernah ditayangkan di NTV7 sebelum ini dan ada tempoh tertentu ditetapkan oleh pihak stesen sebelum ia boleh dilancarkan dalam bentuk CD, VCD dan DVD.

"Bagaimanapun pihak Anuar Zain Network dan Universal Music ada strategi tertentu dan merasakan sekarang paling sesuai untuk melancarkan album berkenaan," jelasnya.

Malah konsert berkenaan akan ditayangkan secara eksklusif di TGV One Utama pada 15 Februari depan pada pukul 3 petang khas buat peminat hanya untuk sehari.

Untuk tempahan tiket tayangan istimewa itu boleh melayari www.tgv.com.my atau laman Facebook TGV Cinemas.

Sumber : mstar.com.my

Wednesday, December 31, 2014

Ciri Wanita Idaman Anuar Zain

Penyanyi terkenal tanah air Anuar Zain memberitahu dia sememangnya mahu berkahwin, namun dia masih lagi belum bertemu dengan wanita yang diingininya.


Ciri Wanita Idaman Anuar Zain, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain

Menurut pelantun "Lelaki Ini", dia berfikiran positif mengenai jodoh dan menyerahkannya kepada Allah S.W.T.

"Saya idamkan wanita berperwatakan menarik dan peramah serta mudah didampingi.

"Saya tak tetapkan usia bila saya nak berkahwin, tapi nampaknya hingga sekarang calonnya belum ada," katanya yang dipetik dari RAP.

Tambah Anuar Zain lagi, dia mahukan wanita seperti itu kerana ia akan memudahkan dirinya mendampinginya.

"Wanita berperwatakan demikian memudahkan lagi saya mendampinginya dan membuatkan dia selesa dengan rakan dan peminat saya nanti."

Sementara itu, penyanyi berusia 44 tahun turut memberitahu bahawa azam tahun hadapannya adalah untuk melebarkan lagi kariernya.

"Saya harapkan dengan azam itu dapat murahkan lagi rezeki saya dalam pelbagai aspek seperti kerjaya, urusan dan pengurusan diri."

Baca : Filem Pertama Arahan Aaron Aziz 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, December 17, 2014

Kisah Lagu Anuar Zain, Wasiat Terakhir Blogger Sebelum Mati

Kemerduan suara Anuar Zain, mampu membelai banyak jiwa terutama para wanita. Tak hairanlah salah seorang blogger yang bertarung nyawa dengan kesakitan akibat kanser, turut menjadikan lagu Anuar antara terapinya.


Kisah Lagu Anuar Zain, Wasiat Terakhir Blogger Sebelum Mati, info, terkini, hiburan, sensasi, anuar zain

Bagaimana pun sudah tersurat, ajal blogger terkenal tersebut iaitu Dalilah Tamrin atau lebih dikenali sebagai Raden Galoh, tidak lama apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada penghujung 2010.

Begitu pun allahyarham sempat meninggalkan hajat agar Anuar sudi menyanyikan lagu ciptaannya.

Kembali PadaMu Ilahi, lagu dimaksudkan ini antara track terbaru yang bakal dipersembahkan Anuar khas untuk peminatnya di Singapura, 7 Februari depan.
“Lagu ini memperkatakan tentang pertarungan melawan kesakitan namun membawa mesej positif pasti ada sinar di hujung derita.

“Harapan saya, lagu ini memberi semangat kepada keluarga arwah dan sesiapa sahaja yang sedang menderita – tak kiralah disebabkan sakit sepertinya, patah hati mahu pun disebabkan masalah peribadi,” ujar Anwar kepada sebuah akhbar Singapura ketika ditemu bual, pada Isnin.

Wah, nampaknya beruntunglah peminat Anuar di Singapura kerana bakal dihiburkan lelaki popular ini.

Tapi kami percaya, pasti ada peminat Anuar yang sanggup menyeberang tambak semata-mata mahu turut sama menyaksikan persembahannya kelak.

Maklumlah dalam ramai-ramai penyanyi lelaki tempatan, rasanya setakat ini belum ada yang dapat menyaingi kegilaan peminat terhadap penyanyi idola mereka seperti Anuar Zain!


Baca : 4 Senarai Perkahwinan Selebriti Yang Cecah Jutaan Ringgit  

Sumber: mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif