Showing posts with label Mamat Khalid kecewa dengan Zizan & Emma. Show all posts
Showing posts with label Mamat Khalid kecewa dengan Zizan & Emma. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Mamat Khalid kecewa dengan Zizan & Emma

Pengarah filem terkenal Mamat Khalid memberitahu bahawa dia tidak akan mengadakan promosi jelajah filem ke-14 arahannya "Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh" kerana kecewa dengan sikap pelakon popular Zizan Razak dan Emma Maembong yang tidak hadir pada majlis pratonton filem tersebut.


Mamat Khalid kecewa dengan Zizan & Emma, info, terkiin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, emma maembong

Menurut Mamat, pihaknya terpaksa melewatkan tarikh tayangan bagi mengikut jadual kedua-dua pelakon itu, namun usaha tersebut ternyata sia-sia.

"Saya baru mengetahui mereka tidak dapat hadir beberapa jam sebelum tayangan. Saya tidak mahu mengguris hati pihak di sana kerana mereka memberikan komitmen yang baik sewaktu penggambaran dua tahun lalu.

"Bagaimanapun saya agak terkilan apabila mereka tidak hadir pada malam ini. memandangkan mereka tidak hadir, saya tidak akan memanggil mereka lagi untuk promosi ataupun mengadakan jelajah promosi untuk filem ini," katanya yang dipetik dari BH Online.

Ujar Mamat, dia kini akan memberi perhatian untuk ke radio dan stesen televisyen sahaja untuk mempromosikan filem tersebut.

Dalam pada itu, Mamat turut mempersoalkan sikap profesional mereka berikutan ketidakhadiran mereka ketika tayangan filem dibintangi mereka.

"Kalau mereka berdua ada masalah peribadi dan enggan bersemuka pada tayangan malam ini, beritahu saja saya tidak kisah, atau mungkin mereka malu dengan hasil filem ini, maklumkan juga keran saya terima apa jua alasan.

"Tapi mereka senyap begitu saja, di mana sikap profesional mereka? Mungkin sebagai pengarah, saya tidak penting dan tidak berada langsung dalam kamus hidup mereka."

Tambah Mamat lagi, Zizan juga pernah menimbulkan masalah apabila tidak hadir ke sesi rakaman suara (dubbing) sehingga produksi terpaksa guna suara orang lain bagi menggantikan Zizan.

"Saya sepatutnya juga harus dipersalahkan sebagai pengarah kerana tidak menjaga konti. Tapi kekurangan itu terjadi kerana kita menghadapi masalah apabila Zizan tidak hadir pada sesi 'dubbing'. Sebab itu mereka yang menonton filem ini pasti tertanya kenapa Zizan berbual dalam slanga berbeza-beza."

Sementara itu, Mamat yang nyata kecewa dan sedih dengan tindakan kedua-dua pelakon itu memberi bayangan tidak lagi bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang.


Sumber : tupai.com.my