Showing posts with label MElodi. Show all posts
Showing posts with label MElodi. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

Azwan Ali: Aku Nak Jadi Hos Nona/WHI 2015, Kau Mampu?

Biarpun Zulin Aziz dan Sherry Alhadad telah pun membuat kenyataan bahawa khidmat mereka sebagai hos Melodi berakhir disebabkan isu tamat kontrak, namun masih ada tuduhan-tuduhan liar yang menyalahkan Azwan Ali berikutan ketiadaan mereka di dalam program hiburan gosip dan infotainment tersebut.


azwan ali, info, terkini, hiburan, sensasi, azwan ali,melodi

Kononnya, kedua-dua selebriti itu telah digugurkan daripada yang mana Azwan Ali dikatakan sebagai punca dan penyebabnya. Apa kata Azwan Ali?

Berikut adalah jawapan balas Azwan Ali sebaik saja diwawancara Portal Murai.

"Aku nak jadi hos Nona atau Wanita Hari Ini (WHI), kau mampu," soal Azwan Ali.

Biarpun lucu, namun jawapan Azwan Ali itu sebenarnya disampaikan dengan nada yang cukup sinis sekali dan pastinya ia satu pukulan yang sengaja diberikan buat penyebar-penyebar tuduhan liar tersebut.

Sambung Azwan lagi: "Saya tidak ada kena-mengena dengan isu ketiadaan mereka di dalam Melodi. Tolong hormat dengan apa jua keputusan yang dibuat sendiri oleh pihak TV3. Dan, berita yang disebarkan oleh bloggers-bloggers yang kononnya Azwan Ali bakal jadi hos baru Melodi TV3 adalah satu bidaah.

"Saya memang ada ke TV3 berpuluh kali, malah dalam bulan ini pun saya masih jejakkan kaki ke sana, tetapi sebab apa...biarlah rahsia (dalam mode nada Dato' Siti Nurhaliza).

"Melodi adalah sebuah program yang pernah mendapat sentuhan saya sebagai penerbit sewaktu zaman Fauziah Dato' Ahmad Daud mencipta kegemilangannya sebagai hos yang berkarektor. Sampai bila-bila pun saya tetap akan abadikan memori yang cukup manis itu.

"Walaupun saya tidak pernah diberi kepercayaan oleh TV3 untuk mengemudi Melodi sebagai hos, saya sentiasa reda sebab TV3 berhak memilih sesiapa yang mereka inginkan.

"Namun begitu, permintaan daripada berbilion peminat serta penyokong setia termasuk rakan-rakan artis di Twitter serta Instagram yang mahukan saya memgambil alih Melodi, amat menyentuh hati. Malah, apabila saranan mereka yang tidak henti-dhenti di kedua-dua laman sosial ini, air mata saya menitis, kerana saya beranggapan ianya adalah satu penghormatan yang cukup besar buat diri saya.

"Saya akui 2 hos baru Melodi agak gagal dan saya sendiri ada menyuarakan perkara tersebut kepada Michelle selaku penerbitnya secara direct. Tetapi, pada waktu yang sama, saya tiada ada kena-mengena dengan ketiadaan mereka.

"Kepada haters-haters yang boleh dibilang dengan jari dan sentiasa panas punggung dengan Azwan Ali, tolong hentikanlah menyalak dengan mengatakan kononnya saya tidak layak jadi hos Melodi.

"Apapun, pada tahun 2015, saya telah mendapat tawaran untuk bekerja dengan Media Prima dan saya terima apa pun jawatan saya nanti. Thank you kepada Tan Sri Johan Jaafar (JJ) kerana amat menghormati seseorang yang bernama Azwan Ali. Dialah orang pertama yang menjawab ucapan Selamat Tahun Baru 2015 daripada saya," kata Azwan Ali kepada murai.com.my.

Baca : Puisi Tahun Baru Izzue Islam Buat Isteri Tercinta 

Sumber : murai.com.my

Wednesday, December 31, 2014

Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?

Ramai sudah sedia maklum yang kontrak pasangan pengacara Sherry Alhadad & Zulin Aziz untuk mengendalikan rancangan hiburan Melodi tidak diteruskan untuk tahun 2015 dan berita ini disambut baik oleh para peminat yang mahukan pembaharuan pada program itu.

Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali, MElodi

Produksi Melodi bagaimanapun mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama program hiburan popular dan kini ianya menjadi tanda tanya siapakah bakal gandingan baru untuk Melodi atau ianya akan dikendalikan seorang diri oleh Awal Ashaari.

Artikel Terdahulu :  

Seperti dilaporkan OHBULAN!, Azwan Hj. Ali menerusi akaun Instagram beliau baru baru ini ada memuatnaik satu gambar beserta status memberikan gambaran yang beliau akan mengendalikan satu projek besar di TV3 bermula pada 14 Januari 2015.


Azwan Ali Bakal Pengacara Baru Melodi?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali, MElodi

Ramai mula beranggapan yang Azwan Ali bakal menduduki kerusi pengacara Melodi bersama Awal Ashaari untuk tahun 2015 kelak & pastinya telatah selebriti sensasi itu bakal lebih meriahkan program Melodi. Anda setuju Azwan Ali kendalikan Melodi?

Baca : Kehidupan Selebriti Malaysia Yang Super Rich 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif