Showing posts with label Kerana ‘Lalok’. Show all posts
Showing posts with label Kerana ‘Lalok’. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas

Sebelum ini Akim Ahmad terpaksa mengahadapi tuduhan lalok sewaktu persembahannya di Separuh Akhir Muzik-muzik 29, namun dia tidak hanya berdiam diri sebaliknya tampil dengan “Akim Ahmad Gemuruh, Bukan Lalok“. 

Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Akim Ahmad,

Walaubagaimanapun Akim akui tuduhan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang artis. Bukan tu je, Akim juga terpaksa memulihkan kembali maruah keluarganya yang turut terjejas dengan tuduhan yang sememangnya memalukan diri sendiri dan juga ahli keluarga. Akim berkata menerusi mStar Online:

    “Kesannya terlampau besar dalam kerjaya seni saya, terutamanya pada klien-klien saya. Walaupun ia hanya khabar angin namun selepas dikaitkan dengan najis dadah, ia benar-benar menjejaskan saya.

    “Bagaimanapun, saya sudah maafkan orang yang membuat tuduhan itu,” katanya.

Kesian Akim, tak pasal-pasal habis semua terpalit ke atasnya. Yang lagi kasihan apabila ada pula pihak yang tak boleh nak duduk diam ni, menyebarkan fitnah yang boleh merosakkan reputasi seseorang artis. Dakwaan yang entah datang dari mana mengatakan Akim diketepikan oleh pihak penganjur kerana beranggapan dirinya mempunyai reputasi buruk. Haishh kenapa lah wujud insan yang seperti ini, mungkin dorang ni gemar kot tengok artis kita yang baru nak naik jatuh tersungkur, agaknya.


Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Akim Ahmad,

Akim dituduh lalok ketika persembahan di Separuh Akhir Muzik-muzik

Akim berharap agar pihak yang menyebarkan khabar angin tidak benar diambil tindakan tambah-tambah perkara yang berkaitan dengan dadah. Baginya isu dadah ni benar-benar serius dan boleh menjatuhkan mana-mana artis di negara kita. Namun, “Kemenangan Akim Di AIM21 Tebus Dakwaan Lalok” sedikit sebanyak membantu membersihkan namanya daripada tuduhan melampau itu.


Kerana ‘Lalok’, Kerjaya Akim Terjejas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Akim Ahmad,

Dalam pada itu, Akim mengakui dirinya kini lebih selesa bergerak secara berkumpulan berbanding secara solo. Bagi peminat Akim & The Majestret, dengar-dengar khabar single terbaru dorang yang berjudul Potret bakal keluar tidak lama lagi tau. Sama-samalah kita nantikannya yer. Macam mana pula agaknya impak single terbarunya setelah lagu Mewangi berjaya melonjakkan nama Akim dan juga kumpulannya The Majestret! Jom tengok video yang dikatakan Akim lalok, lalok ke?Hmmmm.


Sumber : gosipmalaysia.com