Showing posts with label Jep Sepahtu. Show all posts
Showing posts with label Jep Sepahtu. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Jep ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar

Pelawak popular Jep Sepahtu berkata dia telah menghantar surat menerusi peguamnya sebagai tindakan awal terhadap sebuah akhbar tempatan yang mendakwa kononnya dia mengamuk belakang pentas selepas gagal menjuarai "Maharaja Lawak Mega 2014" (MLM 2014) baru-baru ini.


Jep ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, jep sepahtu

"Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal.

"Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa bersyukur dengan kemenangan kami," katanya kepada Kosmo!

Tambah Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, dia berbuat demikian berikutan untuk menyelesaikan isu tersebut dan membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan perkara tidak benar.

"Selalunya saya hanya berdiam diri, namun kali ini saya anggap ia keterlaluan."

Dalam pada itu, pelawak berusia 30 tahun itu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di belakang pentas pada malam tersebut.

"Tamat sahaja MLM 2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun malam tersebut."

Tambah Jep lagi, dia juga tidak pasti mengapa dia sering terpalit dengan kontroversi-kontroversi yang tidak berasas.

Sementara itu, Jep berkata kerjayanya tidak terjejas dengan kontroversi yang melandanya.

"Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara seperti ini. bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini."

Sumber : tupai.com.my

Wednesday, February 11, 2015

Punca Jep Sepahtu tolak kontrak lumayan sebuah stesen TV

Pelawak dan pelakon popular Jep Sepahtu mendedahkan dia menolak tawaran lumayan dari sebuah stesen televisyen untuk menjadi artis eksklusif.


Punca Jep Sepahtu tolak kontrak lumayan sebuah stesen TV, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Jep Sepahtu

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," katanya yang dipetik dari mStar.

Dalam pada itu, Jep berkata dia tidak boleh hidup dalam tekanan terutamanya apabila ada gosip yang membabitkan dirinya.

"Hidup saya 'simple', saya selalu berada di kampung saya di Kulai, Johor dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong. Itu pun hanya saya berada di rumah sahaja.

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain itu hanya kawan biasa."


Sumber : tupai.com.my