Showing posts with label Dynaz mokhtar. Show all posts
Showing posts with label Dynaz mokhtar. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Dynas Mokhtar Kini Bercinta Dengan Jejaka Berbadan Sado?

Meskipun sudah disahkan bercerai dengan suaminya pada awal tahun lalu, namun kisah perceraiannnya baru diketahui umum pada baru-baru ini iaitu penghujung tahun lalu.Pandai juga pelakon Dynas Mokhtar ini menyembunyikan kisah perceraiannya bukan?


Dynas Mokhtar Kini Bercinta Dengan Jejaka Sado?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Dynaz Mokhtar

Yelah, siapa yang seronok nak beritahu umum mengenai kisah peribadi yang tak sedap didengar itu kan?Namun, kehidupan perlu diteruskan walapun dia kini sudah punya 2 orang cahaya mata dalam perkahwinannya itu. Dapat tahu Dynas sekarang sedang keluar bersama seseorang jejaka yang dikenalinya sejak sekolah dulu.

Macam mana boleh dapat cerita? Sebenarnya rakan yang sampaikan setelah pulang daripada menonton sesi rakaman sebuah program. Dalam program itu, rakan baiknya yang juga rakan artis sendiri membongkar bahawa dia kini semakin bahagia dengan seorang jejaka berbadan sado.Ala berbadan sado tu maksudNya yang ada banyak muscle atau otot kat badan tulah.

Hehehe, kemudian, hos rancangan itu sendiri minta Dynas menerangkan siapa jejaka itu. Dynas pun mengaku memang dia kini sedang mengenali hati budi jejaka itu yang merupakan rakan sekolahnya dulu.Wah baguslah begitu, doakan semoga hubungan mereka dapat berkekalan dan anak-anak pun sudi menerima orang baru ang menjadi suri di hati ibunya.

Sumber : murai.com.my

Friday, December 26, 2014

Dynaz Terserempak Rozita Che Wan & Sofea Jane Di Kota London

Wah, nampaknya ramai selebriti yang mengambil peluang untuk bercuti hujung tahun. Maklumlah, tahun depan pastinya semua dah sibuk dengan karier kan?

Dynaz Mokhtar kini sedang makan angin, info, terkini, hiburan, sensasi, dynaz mokhtar, artis tengah bercuti

Kalau korang nak tahu, seorang lagi hot mama jelita iaitu Dynaz Mokhtar kini sedang makan angin di kota London tau!

Dynaz Mokhtar kini sedang makan angin, info, terkini, hiburan, sensasi, dynaz mokhtar, artis tengah bercuti

Bila kami intai aktiviti-aktiviti Dynaz, cemburu pun ada. Iyalah, kami ni belum berpeluang walau sekali pun menjejakan kaki ke sana.

Cuba bayangkan, sedang bercuti di negara asing, terjumpa pula rakan-rakan. Mesti kecoh bagai nak rak kan? I can feel you Dynaz. Mesti seronok dapat jumpa Sofea Jane dan Che Ta!


Dynaz Mokhtar kini sedang makan angin, info, terkini, hiburan, sensasi, dynaz mokhtar, artis tengah bercuti

Dynaz Mokhtar kini sedang makan angin, info, terkini, hiburan, sensasi, dynaz mokhtar, artis tengah bercuti

London memang terkenal dengan pusat beli belah. Kalau kami jadi Dynaz pun mesti pening nak pilih mana satu.

Mana taknya, semua cantik-cantik. Orang kata berbalaoi jika beli designer handbag di sana, murah katanya.

Dynaz Mokhtar kini sedang makan angin, info, terkini, hiburan, sensasi, dynaz mokhtar, artis tengah bercuti

Perghh! Ini yang buat kami lemah sekali. Kami yakin Dynaz pun pasti lemah apabila melihat tahap keseksian kasut ni.

Pada pandangan kami, kasut ini memang sesuai dengan Dynaz. Amacam kak, jadi beli tak? Hihi.


Hmm, kalau korang nak tahu, Dynaz turut berkongsi video pemandangan yang tersangatlah cantik ketika di London.

Kami pasti, sesiapa pun yang tengok video ini pasti tenang. Rasa damai sangat kan? Inilah uniknya jika berada di negara orang. Apapun, kami harap Dynaz selamat kempali ke tanah air ya. Untung korang, jangan lupa sama-sama doakan keselamatan mangsa banjir. Peace!


A video posted by dynas (@dynasmokhtar) on



Baca : Foto : Nora & Nedim Bercuti Di London Dengan Anak-Anak 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, November 21, 2014

Dynas Mokhtar Bercinta Dengan Model?

Bila seseorang wanita itu kembali solo, pastinya pelbagai cerita akan timbul apabila mereka mula mesra dengan lelaki. Pelakon Dynas Mokhtar turut tidak ketinggalan dihimpit gosip apabila hubungannya dengan seorang model dan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh, menjadi bualan.


Dynas Mokhtar Bercinta Dengan Model?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Dynaz mokhtar

Dia yang bercerai dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz, pada Februari lalu bagaimanapun menafikan gosip tersebut, Katanya, Aidit terlalu muda dan tidak menepati cita rasanya.

"Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap bercinta. Perkenalan kami bermula apabila Aidit banyak menjadi model untuk butik saya.

"Tambahan pula, dia banyak bertanya tentang selok-belok perniagaan kerana dia ingin memulakan jenamanya sendiri. Dia terlalu muda untuk saya, biarlah saya mencari lelaki yang lebih matang," ujar Dynas dipetik sebagai berkata.

Dynas ditemui media ketika majlis perlantikannya sebagai duta untuk rangkaian produk kesihatan, PhytoScience di Garden Theatre, The Garden Mall, Kuala Lumpur.

Mengenai kehidupan solonya sekarang, ujar pelakon itu dia banyak menghabiskan masa untuk diri sendiri kerana sudah dapat melakukan pelbagai aktiviti yang disukainya.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan saya. Sekarang, anak-anak pun sudah besar dan inilah peluang untuk saya menghabiskan masa untuk diri sendiri. Malah, saya berkesempatan membuat perkara yang tidak sempat saya buat dulu seperti mengambil lesen menyelam dan sebagainya," tambah Dynas.

Baca : Farid Kamil jatuh tingkat 4, keadaannya kini... 


Sumber : myartis.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif