Thursday, December 17, 2015

Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas

Di atas khidmat dan jasa beliau bertahun lamanya dalam bidang seni, Allahyarham Harun Salim Bachik telah dikurniakan Anugerah Pohon Beringin yang merupakan anugerah utama Gegar Anak Seni ( Gasseni).
Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas


Anugerah berkenaan disampaikan oleh, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada balu Allahyarham, Surianti Mohd Nor pada jamuan Gasseni yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas

Malam Gasseni yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Pada malam tersebut mereka menyampaikan enam anugerah bagi anak-anak seni yang sudah banyak berjasa dalam pembinaan budaya bangsa melalui bidang filem, televisyen, nyanyian, teater, tarian dan muzik.

Antara penerima anugerah ialah Allahyarham Ibrahim Pendek bagi kategori Ikon Filem tempatan, Tokoh Penyiar 1994, Tan Sri Ahmad Merican (Ikon Televisyen) dan kumpulan Alleycats (Ikon Nyanyian), pengarah Khalid Salleh (Ikon Teater), Datin Azanin Ezane Ahmad (Ikon Tarian) dan bekas Pengarah Muzik TV3, Datuk Ooi Eow Jin (Ikon Muzik).

Sayang sungguh, hanya selepas Allahyarham Harun Salim Bachik tiada barulah ada pihak yang nampak jasa serta kebolehannya.-beautifulnara

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →