Wednesday, August 5, 2015

Kehadiran Orang Ketiga Punca Rumah Maya Matahari Tangga Retak?

Sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung bersama suami Tengku Shahreza Tengku Aziz, pelakon serta penyanyi Maya Matahari enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga beliau retak kerana ingin menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.


Kehadiran Orang Ketiga Punca Rumah Maya Matahari Tangga Retak?

Walaubagaimanapun, Maya menafikan sekerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka. Meskipun mereka sudah tidak tinggal bersama lagi, Maya masih lagi menjaga hubungan baik bersama Shahreza.
    Tidak semua perkara berpunca daripada orang ketiga. Tidak dinafikan pelbagai cerita sampai ke telinga saya, namun saya memilih untuk tidak terlalu mendengar cerita tanpa bukti kukuh. Sudah lama saya mengunci mulut dan tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi ini. Ya, saya akui saya dan suami sudah lama tidak tinggal sebumbung.

    Malah, kemelut rumah tangga kami sudah berlarutan sekian lama. Saya akui perlu mengambil tindakan lanjut secepat mungkin bagi mengelakkan fitnah. Tidak kira apa kesudahannya, saya dan suami masih berhubung secara baik.


Kehadiran Orang Ketiga Punca Rumah Maya Matahari Tangga Retak?

Buat masa ini, beliau tidak mahu terlalu memikirkan masalah rumah tangganya dan hanya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya seninya. Untuk pengetahuan anda, status rumah tangga masih lagi tergantung dan tiada keputusan yang telah dibuat untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
    Umur pun hampir mencecah 40 tahun, jadi saya rasa banyak benda yang saya belajar dan ambil yang positif saja. Saya menganggap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan menjadikan saya seorang yang sangat tabah.

    Selain kerjaya, saya juga memberi fokus kepada ibu saya yang diserang sakit jantung. Saya dan adik beradik lain mengambil giliran menjaga ibu saya. Disamping itu, saya juga mempunyai jadual kerja yang padat.

Kerjaya itu memang penting tetapi janganlah pernah ambil ringan dan tidak mahu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi didalam rumah tangga. Jangan terlalu kejarkan kerja tetapi akhirnya hati dan jiwa tidak tenteram serta merasa sunyi tanpa teman disisi.-beautifulnara

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →