Friday, March 20, 2015

Pak Nil dikritik atas temu bualnya dengan Kim Kardashian

Datuk Aznil Haji Nawawi yang dikenali sebagai pengacara nombor satu di Malaysia telah menerima banyak kritikan daripada peminat dan juga pengguna-pengguna media sosial setelah video temu bualnya bersama Kim Kardashian yang baru dinaikkan di Facebook baru-baru ni nampak agak janggal.


Pak Nil dikritik atas temu bualnya dengan Kim Kardashian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pak nil

Pada Januari lepas, Pak Nil berpeluang untuk ke Los Angeles dan bertemu dengan ramai bintang-bintang Hollywood termasuk, Ryan Seacrest, Giuliana Rancic dan juga Kim Kardashian.
Pak Nil dikritik atas temu bualnya dengan Kim Kardashian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pak nil

Namun, dalam video temubual bersama Kim Kardashian, Pak Nil ternampak agak gementar dan kekok tetapi ianya tidak boleh disalahkan sebab bukan ramai dari Malaysia yang dapat bertemu-ramah dengan sosialit terkemuka dari Amerika Syarikat ini.

Disebabkan itu, ramai pengguna-pengguna media sosial bersuara dan bertanya kenapa Pak Nil yang dipilih untuk temu bual Kim Kardashian sedangkan masih ada ramai pengacara yang lebih sesuai.

Ramai bertanggapan yang penggunaan Bahasa Inggeris Pak Nil kurang tepat dan agak tunggang-langgang dan mereka rasa yang orang lain yang lebih fasih berbahasa Inggeris sepatutnya menemu ramah Kim Kardashian.


Pak Nil dikritik atas temu bualnya dengan Kim Kardashian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pak nil

Ada juga yang merasa temu bual tersebut agak membosankan dan tak menarik walaupun Pak Nil sendiri merupakan pengacara yang terbaik di Malaysia.

Tengok video Pak Nil bersama Kim K di bawah.


Sumber : tupai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →