Monday, January 12, 2015

Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada Februari Depan

Penyanyi Mohd Hafiz Suip 25, bakal melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada 27 Februari ini.

Majlis tersebut akan diadakan di Hotel Pullman Kuching yang bakal dihadiri oleh ahli keluarga, rakan taulan dan pihak media.


Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada Februari Depan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, hafiz suip

"Sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah bakal tunang saya di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.

 "Gadis pilihan saya itu dikenali sebagai 'Effy' dan kemungkinan majlis perkahwinan saya akan diadakan pada tahun 2016 setelah si dia tamat pengajian," ujar Hafiz di portal Murai.com.my

Hafiz yang ditemui di Majlis Sidang Media Hafiz & Friends Showcase di Hard Rock Café turut bersyukur akhirnya ditemukan jodoh dan serunya untuk menjadi suami telah tiba.

“Identiti bakal tunang saya tidak boleh dedahkan secara mendalam atas permintaan saya kerana ingin menjaga privasinya yang kini masih dalam pengajian di sebuah universiti,” seloroh Hafiz tersenyum.

Mereka telah mengenali hampir 5 tahun yang lalu sebelum Hafiz menjadi seorang penyanyi. Sepanjang tempoh itu, Hafiz tidak mengetahui bakal tunangnya itu menaruh hati dan perasaan terhadap dirinya. 

“Saya tertarik dengan dia kerana menghormati orang tuanya, dan amat lemah lembut. Itu contoh terbaik untuk dia untuk menghormati ayah dan ibu saya,” kata Hafiz mengakhiri perbualan. 

Baca : Slash bakal menggegarkan Malaysia! 

Sumber : tupai.com.my

Artikel : Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada 27  Februari

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →