Monday, January 26, 2015

Bekas Suami Mahu Rujuk, Raja Azmi Keliru

Kisah perkahwinan Raja Azmi dan bekas suaminya Eddie CRK kini menjadi bahan bualan peminat peminat tempatan apabila Eddie CRK dikatakan menyampaikan hasrat untuk rujuk semula dengan Raja Azmi ketika rakaman satu program televisyen terbitan TV3 iaitu Ya ke?.


Bekas Suami Mahu Rujuk, Raja Azmi Keliru, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Raja Azmi, Eddie CRK

Khabarnya dia (Raja Azmi) juga mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie.

“Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukakanlah hati yang baik itu untuk kita rujuk semula. Saya hari-hari berdoa agar Tuhan jodohkan kita balik,” kata Eddie.

Raja Azmi yang turut terkejut mengenai hasrat bekas suaminya itu yang tidak menyangkakan akan kesungguhannya untuk merajuk semula dengan dirinya.

“Terkejut sangat. Tak sangka dia cakap macam itu dengan berani di televisyen. Dari situ Kak Mi nampak kesungguhannya. Sebelum ini dia ada pujuk supaya kami berbaik semula. Kak Mi selesa berkawan. Kami lebih mehamami (satu sama lain) kerana berkawan selepas bercerai”

“Apa pun Kak Mi pasrah pada ketentuan Allah. Tak mahu menafikan kami takkan rujuk. Buat masa ini Kak Mi masih dalam dilema,” kata Raja Azmi.

Raja Azmi mengakui masih keliru dan takut untuk memberi harapan dan mahu keadaan yang menentukan sama ada dia dan bekas suami akan rujuk semula. Walaubagaimana pun, kami di sini mendoakan agar mereka kembali semula seperti sedia kala. Amin.

Sumber : rotikaya.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →