Sunday, October 26, 2014

Diana Rafar Bermasalah Dengan Zamarul Hisham?

Entah di mana silapnya, satu persatu cerita kurang manis datang menjengah penyanyi dan pelakon, Diana Rafar, 32.

Ceritera rumah tangga bersama pelakon popular, Zamarul Hisham terus dilanda gosip.


Diana Rafar Bermasalah Dengan Zamarul Hashim?, info, terkini, gosip, sensasi, Diana Rafar

Terbaharu, rumah tangga pasangan bahagia yang bernikah pada 16 Mei 2009 itu dikatakan bergolak dan punca keretakan mereka dikukuhkan apabila masing-masing jarang kelihatan bersama pada majlis-majlis hiburan dan tiada gambar bersama di laman sosial Instagram.

Kesempatan bertemu Diana pada sesi fotografi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bagi tujuan mempromosi komitmen terbaharunya sebagai duta produk minuman kecantikan dan kesihatan, Perla Coffee digunakan sebaik-baiknya oleh penulis untuk mendekati perjalanan kehidupan yang sedang dibinanya.

Selain bercerita tentang keterujaan menjadi duta produk Perla Coffee, Diana turut berkongsi damai dan resah yang bergelumang di dada.

Ketika ditebak tentang dakwaan kononnya rumah tangganya ibarat retak menanti belah, Diana dengan tenang menafikan perkara tersebut.


Diana Rafar Bermasalah Dengan Zamarul Hashim?, info, terkini, gosip, sensasi, Diana Rafar

“Kesibukan Zamarul membuatkan kami tiada masa untuk berbincang tentang masalah yang berlaku. Sebagai isteri, saya sudah lali dengan kesibukannya yang bekerja siang dan malam untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya sudah terbiasa dengan rutin harian sebegini.

“Kami jarang bergaduh. Sekiranya berlaku perselisihan faham, kemarahan itu cepat reda. Paling utama, kami saling bertolak ansur dan faham tanggungjawab masing-masing. Ingin saya jelaskan di sini, antara saya dan Zamarul, kami masih bahagia dan bersama,” ujar ibu kepada Kashfi Haikal itu.

Bercakap mengenai persoalan khalayak tentang tiada gambar bersama di laman Instagram mahupun di dada-dada akhbar, kata Diana, dia tidak mahu ambil pusing tentang pertanyaan tersebut kerana baginya dia menghormati prinsip Zamarul yang tidak gemar bergambar.

“Sejujurnya, saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini, malah tiada siapa pun suka kisah rumah tangga mereka diperbesarkan.

“Apa sahaja komen negatif yang dilemparkan di laman Instagram, saya akan padam.

“Selepas timbul isu tiada gambar bersama, ia telah memberi kesan kepada saya. Bagi saya, jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Saya bersyukur walaupun Zamarul sibuk dengan tugasnya, Tuhan telah gantikan dengan memberi kesibukan dalam dunia seni,” jelasnya.


Baca : Peminat Pukul Sara Ali Kerana Pengaruh Watak

Sumber : kosmo.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →