Friday, August 29, 2014

Sarimah Ibrahim Bakal Kahwini Cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?

Sarimah Ibrahim Sibuk Rancang Majlis Kahwin Di Bali?  | Ramai di kalangan peminat-peminat Sarimah Ibrahim yang tak sabar-sabar hendak tengok selebriti kesayangan mereka yang juga penyampai radio MIX FM pagi itu, mendirikan rumahtangga sekali lagi dengan jejaka pilihannya.


Sarimah Ibrahim Bakal Kahwini Cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,


Siapa lagi kalau bukan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, atau lebih mesra di sapa sebagai Jamie kan?

Ha.... Kalau itu yang jadi tandatanya korang, memang elok sangatlah. Sebab, ada perkembangan terbaru tentang Sarimah Ibrahim, 36, dengan Jamie.

Baru-Baru ini, Sarimah Ibrahim dengan Jamie telah meluangkan masa di pulau percutian yang romantik. Mana lagi kalau bukan Bali yang menjadi lokasi utama filem Eat Pray Love lakonan Julia Roberts.

Tapi, Sarimah bukanlah pergi berdua saja dengn Jamie di sana. Tak baik fikir yang negatif macam tu. Sebaliknya, mereka pergi dengan ahli keluarga Jamie yang lain.

Mereka pergi ke sana untuk melancong semata-mata sebab keluarga Jamie ikut sama, mesti ada sebab yang lain. Hasil risik-risik daripada sumber tertentu.

Kata mereka, kalau pasal hal lain-lain mereka tidak tahu, Tapi, kalau pasal kahwin, boleh jadi jugak sebab ada ura-ura Sarimah Ibrahim dengan Jamie akan mengakhiri kisah percintaan mereka dengan ikatan lebih suci.

Wow.... Apakah ini bermakna mereka bakal memilih Bali sebagai lokasi majlis perkahwinan mereka? Segalanya tidak mustahil kerana Bali sememangnya sering menjadi lokasi perkahwinan favourite selebriti luar negara serta dalam negara.

Patutlah, Sarimah dengan Jamie datang ke sana bersama keluarga Jamie. Rupa-rupanya ada perbincangan yang serius di antara mereka. Wow! Pasti perkahwinan mereka nanti akan menjadi sebuah perkahwinan yang cukup romantis.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →