Thursday, August 28, 2014

Ramli MS-Alyah Sudah nikah di Batam?

Ramli MS-Alyah nikah di Batam? | Pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, diarah mengemukakan bukti bahawa mereka telah berkahwin di pulau Batam, Indonesia kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Selasa depan atau berdepan dengan tindakan mahkamah kerana berkhalwat.


Ramli MS-Alyah nikah di Batam?, info, terkini, hiburan, gosip terkini, kontroversi Ramli Ms dan Alyah, sensasi


Arahan itu dikeluarkan selepas pasangan itu memaklumkan anggota Bahagian Penguatkuasa JAIS yang melakukan siasatan di kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong, kira-kira 7.50 pagi tadi.


Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, siasatan ke atas pasangan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasa JAIS menerima aduan awam.

“Bahagian Penguatkuasa JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hasan telah berlaku di Batam, Indonesia.


“Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pihak beliau (Ramli) akan diserahkan kepada JAIS pada 2 September 2014 untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan di rumah berkenaan juga berjalan lancar kerana anggota penguatkuasa mendapat kerjasama daripada Ramli dan Alyah selain tiada sebarang rampasan dibuat.

Menurut sumber, sekiranya Ramli dan Alyah gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan itu, mereka boleh dikenakan tidakan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, ia selaras dengan kesalahan khalwat Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Ketika pemeriksaan pasangan itu hanya menunjukkan gambar kartu perkahwinan (kad pengesahan nikah) mereka di Batam, Indonesia tetapi mendakwa dokumen asal tiada di dalam simpanan ketika itu.

"JAIS memberi tempoh selama enam hari, sehingga 2 September untuk mereka membawa dokumen asal itu ke pejabat atau jika gagal akan disabit kesalahan berkhalwat," katanya.

Hubungan Ramli dan Alyah selama empat tahun ini menjadi perhatian umum bagaimanapun pasangan itu berusaha keras menyimpan rahsia.

Malah, Alyah pernah memberitahu akan membuat pengumuman mengenai statusnya sebelum akhir tahun ini dan memberi alasan tidak dapat berbuat demikian lebih awal kerana ia membabitkan banyak pihak.


Sumber : hmetro.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →